Soalan Lazim (FAQ) Sekolah

Panduan ringkas untuk penyelaras peperiksaan & pihak sekolah
Log masuk sebagai
Pengguna

Bantuan Pantas untuk Sekolah

Laman ini menyediakan soalan lazim berkaitan cara menggunakan sistem e-PERKASA bagi urusan permohonan peperiksaan, semakan status dan komunikasi dengan Unit SPP.

Permohonan & Pengisian Borang

Bagaimana cara membuat permohonan baharu untuk calon?
Pergi ke halaman Laman Utama / Senarai Permohonan dan gunakan butang yang disediakan. Isikan semua maklumat calon dengan tepat mengikut arahan yang diberi sebelum menghantar permohonan kepada PPD.
Apakah yang perlu disemak sebelum menghantar permohonan ke PPD?
Semak semula nama calon, nombor KP, kod sekolah, jenis permohonan dan tahun peperiksaan. Pastikan juga sebarang dokumen sokongan telah lengkap mengikut arahan Unit SPP.
Bolehkah permohonan yang telah dihantar dikemas kini semula?
Sekiranya berlaku kesilapan, sekolah perlu merujuk Unit SPP untuk arahan lanjut. Sesetengah permohonan mungkin telah diproses dan memerlukan prosedur khas untuk pembetulan.

Status Semakan & Laporan

Bagaimana untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar?
Pada halaman senarai permohonan, lihat lajur status dan penanda (dot) status semakan. Status biasanya dibahagikan kepada sekolah, PPD dan JPN.
Bolehkah sekolah memuat turun senarai permohonan untuk simpanan sekolah?
Ya, gunakan butang Muat Turun CSV atau butang cetak (jika disediakan) pada halaman senarai permohonan untuk mendapatkan salinan data dalam bentuk fail.
Berapa lama masa pemprosesan permohonan?
Tempoh pemprosesan bergantung kepada jenis permohonan dan pihak yang terlibat (PPD / JPN / LPM). Sekolah digalakkan membuat permohonan lebih awal mengikut tarikh tutup yang dimaklumkan.

Akses Sistem & Akaun Sekolah

Apa perlu dibuat jika sekolah terlupa kata laluan?
Gunakan fungsi "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk atau hubungi Unit SPP. Pihak PPD akan membuat verifikasi identiti sebelum sebarang reset akaun dilakukan.
Sistem tidak dapat diakses dari sekolah, apa tindakan segera?
Semak sambungan Internet, cubaan dari pelayar lain atau mod inkognito. Jika masalah berterusan, hubungi Unit SPP dan maklumkan mesej ralat yang dipaparkan (jika ada).
Bagaimana mendapatkan bantuan lanjut berkaitan sistem?
Sekolah boleh menghubungi pegawai Unit SPP melalui telefon, e-mel ataupun mengikuti hebahan rasmi (contoh: Telegram, laman web) untuk sebarang panduan, kemas kini atau latihan berkaitan sistem.